CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 28, 2009

~..Kelab Botani..~


..Kelab Botani ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkkan rasa cinta masyarakat kepada alam sekitar(meliputi flora dan fauna) terutamanya masyarakat kampus..dengan berpegang kepada teras 'kepercayaan','cinta','tuah' dan juga 'harapan' kami berusaha untuk mengajak orang ramai bersama-sama meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan mencintai alam sekitar..di samping itu,penubuhan kelab ini dapat mendidik para pelajar tentang cara-cara berorganisasi dan berinteraksi terutamanya dengan masyarakat luar,terdiri daripada golongan pensyarah dan sebagainya..selain kejayaan dalam bidang akademik pelajar juga disediakan dengan ilmu kepimpinan demi menjamin masa depan cemerlang bagi ahli-ahli Kelab Botani terutamanya..

~.b.o.t.a.n.y..c.l.u.b.~

..Pertama sekali,syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana penubuhan blog Kelab Botani UKM..walaupun mengambil masa untuk menjayakan blog ini,namun sedikit demi sedikit usaha yang dicurahkan dan informasi berkenaan kelab dikumpul maka kini tercapai permintaan banyak pihak untuk menubuhkan blog ini..Diharap dengan memanfaatkan kemudahan teknologi ini,pelbagai pihak dapat memperoleh informasi tentang kelab kami dan ahli-ahli kelab dapat berinteraksi dengan lebih baik di samping saling membantu untuk memperbaiki dan melengkapkan lagi maklumat di dalam blog ~.b.o.t.a.n.y..c.l.u.b.~...